Monday, May 23, 2011

Gossip Boy

1.  "Eh! Kau nak tau..."


2.  "Eh bro! lama x nampak.kau nak tau tak..."

3.  "Bro! mana bro? lepak lu hisap rokok lu, ada benda nak cerita dengan lu ni..."

4.  "Aku ada berita best nak share dengan kau ni"

5. "Ermm aku ada benda nak cerita dengan kau ni"

Haaa itu lah serba sikit ayat mukadimah kalau orang start nak mengumpat or bergossip.  Aku akui bergossip ni best tapi kalau kita yg jadi bahan gossip, best tu boleh bertukar menjadi gaduh la. Memang kena lepuk la orang mengumpat kita tu ye dak? Apa apa pon, elak kan la mengumpat, kalau x puas hati cakap depan jek. Kalau korang berdepan dengan jenis orang yg x boleh ditegur or sama waktu dengannya, memang bagusla korang mengumpat beliau.

Lagi satu dengan bergossip ni boleh buat kita tak tidur malam bro.kadang kadang kalau ada orang kacau kita bergossip tu, memang nak hantuk jek kepala orang yg kacau kita bergossip tu kan.haha tapi xpe.tu semua suka duka kehidupan ;) sekian bye

Saturday, May 21, 2011

Azimat

Just Remember
Beautiful Pictures Develop From the Negatives In A Dark Room.
So If You See Darkness In Your Life
Just Be Reassured That A Beautiful Picture
Is Being Prepared.
 
Tiba tiba aku menjadi semangat dan bermotivasi apabila terpandang ayat ini. Ayatnya walaupun simple ianya memberi kesan yg sangat mendalam bagi diri aku. Mungkin orang lain tidak mengerti tapi hanya aku yg mengerti diri aku sendiri. Aku harap aku akan menjadi orang yg berguna ibarat gambar yg cantik kelak ;)

Perjuangan

Assalamualaikum. hai. entry ke 8 dari aku dan harap ianya terus memberi aku semangat untuk lebih maju berkecimpung dalam bidang penulisan blog ini, Insyallah. Aku sedikit terkejut apabila di facebook ada orang cakap blogger yg dah famous sampai buat fanpage diorang sendiri.  Betol ke? wahh sampai macam tu sekali hebat menjadi seorang blogger ni eh.


Okay harini aku nak cakap pasal masa depan. Sesekali cakap pasal masa depan pon best jugak tapi kalau hari hari pon boleh jadi bosan atau bahasa kasar dia annoying ye dak?


Hmm sisa sisa diploma yg tinggal x sabar aku nak habiskan. aku dah penat belajar belajar belajar dan belajar. dari umur 6 tahun sampai la sekarang 21 tahun x henti henti dengan pembelajaran. bukan aku cakap belajar tu x bagus tapi just dah penat. orang cakap kalau x de pelajaran kita nak jadi apa? xkan nak jadi kuli batak sampai ke tua? nak jugak merasa hidup senang, bawak kereta besar, berkeluarga, dikelilingi anak anak yg comel dan hebat dan itulah fungsinya belajar. Belajar untuk majukan diri dan keluarga. tapi sampai bila nak belajar aku pon taktau. 


Perancangan aku selepas diploma ialah aku ingin mencari pengalaman bekerja dahulu. Harap harap kali ni mama dan ayah aku bagi aku peluang untuk aku tentukan sendiri arah tuju hidup aku. Sebelum ni diorang dah penat atur kan hidup aku. thanx ma thanx ayah ;) abang appreciate sgt2 dan abang akan balas dengan kejayaan abang suatu hari nanti. Haha. Lepas diploma nanti aku nak kerja selama setahun. Aku nak harungi dan aku nak merasai macam mana payah dan susah nya untuk mendapatkan sesuap nasi. Eceh x payah sesuap nasi sgt la.haha. aku nak jugak merasa hidup atas kaki sendiri tanpa pertolongan parents. time tu aku nak tukar kereta idaman aku, nak tukar phone paling latest, nak beli sugar glider 2 ekor and paling penting half dari gaji pertama aku, aku nak bagi mak bapak aku, baru dapat berkat ye dak? Aku dah penat nak hidup atas bantuan parent ni, aku dah tak nak just duduk dan menadah tangan minta duit kat parent. dulu dulu boleh la tapi bila umur makin meningkat rasa macam aku ni x berguna pulak. Asyik parent aku jek menghulur kat aku, bila pulak time aku nak menghulur kat parent aku kan. Kalau boleh aku nak bagi diorang merasa penghuluran aku before diorang pencen. Baru rasa macam bangga sikit.


Tapi tu semua angan angan dan aku harap aku dapat merealisasikan angan angan yg paling positif dalam sejarah 21 tahun aku hidup ni. Aku dah muak dgn panggilan "Kau ni xguna la jadi anak sulung" pehh ayat tu paling aku xboleh dengar sekali. so kali ni aku nak buktikan kat semua orang yg aku boleh dan berjaya dalam kehidupan ini. Okay lepas aku kerja setahun dan tukar kereta bagai, baru aku nak sambung degree. Baru bergaya ye dak pegi sambung degree dengan kereta hebat. Lepas tu mesti ada orang cakap "Eleh pakai duit mak bapak boleh la" time tu kalau aku dgr ada orang ckp macam tu aku sepuk kepala dia. Penat penat aku kerja senang senang kau nak cakap camtu.hahaha itu semua semua angan angan dan aku harap ianya menjadi kenyataan ;)


Okay aku rasa setakat itu saja angan angan atau cita cita aku dalam masa terdekat ni dan aku akan pastikan aku akan BERJUANG  untuk mencapai cita cita tu dengan sehabis baiknya! Insyaallah okay bye ;)