Sunday, May 29, 2011

Dugaan

Assalamualaikum hai uols, dah 4 hari x update blog, bagi aku yg baru berjinak jinak untuk menulis blog ni memang rasa dah lama la kan. Hmm sekarang ni semua tempat pelepakan dan tempat bersosial bercerita pasal kekalahan Manchester United. Biasalah, bila team kuat kalah sesekali memang diorang bercerita lah. Gian nak mengutuk kan, okay aku malas nak bercakap pasal ni sbb aku dah penat nak berdebat. Cukuplah di laman sosial facebook sahaja.

Okay, esok aku akan bergerak ke Melaka, untuk memulakan pengajaran aku yg seterusnya. Hadoii mengadap  Melaka lagi, dari kecik sampai besar asyik pergi Melaka jek. Bosan la do. Tapi sem ni aku bertekad nak balik kl tiap2 minggu, taktaula tercapai ke x. Apa2 pon macam shit la orang lain semua tgh cuti aku sibuk2 struggle belajar. Tapi xpe, lepas habis jek diploma no more belajar dah dalam hidup aku. Takde feeling nak sambung degree sekarang ni. 



Wednesday, May 25, 2011

Kegagalan Mengajar Kita Bagaimana Cara Untuk Berjalan

Assalamualaikum hai uols.  Hmmm 3 hari berturut turut merupakan hari yg sedih or bahasa kasar dia hari yg malang untuk aku. Jangan la korang tanya kenapa sebab mulut aku ni dah tak mampu nak mengungkap kan semua benda tu. Paling aku frust ialah pada tarikh keramat 25 May 2011. Okay 2011, aku dah lalui macam macam benda di tahun ini. Macam macam benda dah jadi pada tahun ini walaupon belum sampai pertengahan tahun lagi. 

Tapi kata orang, setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya.  Aku still berpegang kepada kata kata itu untuk menguatkan semangat aku sendiri yg tah hilang ke mana. Mungkin di bawa angin lalu dan juga mungkin telah disentap oleh siapa siapa yg berkenaan. Mujur disamping kejatuhan aku ini, aku mempunyai keluarga dan kawan kawan yg bagi aku amat paling sungguh sangat terlampau baik buat aku. Suka duka aku dikongsi bersama. Wahh aku xboleh bayangkan dunia ni kalau takde kawan mcm diorang. Damn emosi pulak aku. Benda paling yg aku xkan buat kat dunia ini adalah melupakan korang. Bele, Mafuz, Apok dan lain lain.tuihh.haha

Tapi kata orang lagi, kegagalan ini yg banyak mengajar kita untuk menjadi lebih berfunction, hidup siapa yg xpenah gagal? Kalau ada pon maybe orang tu terlampau perfectionist or apa2 jela. Aku rasa macam susah nak bangun dari kegagalan aku yg paling baru ini. Mungkin mengambil masa dan juga mungkin memerlukan kos yg tinggi (yela nak release tension kena la pegi vacation jauh2 kan) haha.yek yek jek la. Dan janji aku kepada diri sendiri, aku nak cepat2 habiskan diploma ini dan terus menikmati hidup yg benar2 aku inginkan.
 
Okay bye take care uols ;)

Monday, May 23, 2011

Kerana Dia

Assalamualaikum. hai uols. haa mesti korang tertanya tanya kenapa tajuk entry aku kali ni Kerana Dia. Okay, dia yg dimaksudkan ini ialah LIDAH dan MULUT.


Lidah kita ini bersifat licin dan lembut, kalau korang x percaya cuba korang try gigit, sakit macam nak lempang muka orang kan? tapi ramai yg gemar mengeluarkan kata kata kesat dan kasar. Aku rasa trend zaman sekarang la cakap kasar kasar. kalau cakap baik baik nanti kita balik kena pijak, kena tindas dan macam macam lagi. style cakap "weh laha***! mana kau? ingat dah mati tadi!"  dan "weh ba** cepat la datang, aku dah penat tunggu kau ni pu*****!" memang biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita sekarang. Kadang kadang annoying jugak kalau semua ayat diorang cakap mesti diselitkan dgn mencarut, sikit sikit sudah, kalau byk sgt mencarut pon orang marah.


Okay next, disebabkan Lidah atau Mulut kita ni boleh bawak bergaduh. Lidah x mampu nak bertumbuk,bertendang, berterajang, bertembak tembak tapi disebabkan lidah dan mulut kita yg xreti nak jaga or control ni boleh menyebabkan kita membuat aksi aksi yg ber ber ber aku sebutkan tadi. Kadang kadang korang buat fitnah, cerita belakang, umpat sana umpat sini sampai boleh membawa persengketaan. Friendship korang yg dah bertahun tahun tu boleh sesaat je musnah akibat percakapan korang yg x reti nak jaga dan menyakitkan hati. Kalau mulut berbau kita boleh makan chewing gum dan kumur listerine, tapi kalau mulut ditambah dgn hati yg busuk memang x boleh buat apa, penumbuk la jawapannya. Benda ni aku cakap bukan untuk korang je, tapi untuk mengingatkan diri aku jugak, dari lidah la berpunca segala-galanya. Try untuk control lidah korang daripada menyakitkan hati orang. Kalau nak bergurau tu takde hal tapi berpada-pada lah dan tgk tahap kesensitif an seseorang tu. Bahan membahan memang best tapi jgn time kita kena bahan and then kita nak emo, tu memang mintak di sepuk la tu kan.


So sampai sini saja entry aku kali ni. Bye uols!

Gossip Boy

1.  "Eh! Kau nak tau..."


2.  "Eh bro! lama x nampak.kau nak tau tak..."

3.  "Bro! mana bro? lepak lu hisap rokok lu, ada benda nak cerita dengan lu ni..."

4.  "Aku ada berita best nak share dengan kau ni"

5. "Ermm aku ada benda nak cerita dengan kau ni"

Haaa itu lah serba sikit ayat mukadimah kalau orang start nak mengumpat or bergossip.  Aku akui bergossip ni best tapi kalau kita yg jadi bahan gossip, best tu boleh bertukar menjadi gaduh la. Memang kena lepuk la orang mengumpat kita tu ye dak? Apa apa pon, elak kan la mengumpat, kalau x puas hati cakap depan jek. Kalau korang berdepan dengan jenis orang yg x boleh ditegur or sama waktu dengannya, memang bagusla korang mengumpat beliau.

Lagi satu dengan bergossip ni boleh buat kita tak tidur malam bro.kadang kadang kalau ada orang kacau kita bergossip tu, memang nak hantuk jek kepala orang yg kacau kita bergossip tu kan.haha tapi xpe.tu semua suka duka kehidupan ;) sekian bye

Saturday, May 21, 2011

Azimat

Just Remember
Beautiful Pictures Develop From the Negatives In A Dark Room.
So If You See Darkness In Your Life
Just Be Reassured That A Beautiful Picture
Is Being Prepared.
 
Tiba tiba aku menjadi semangat dan bermotivasi apabila terpandang ayat ini. Ayatnya walaupun simple ianya memberi kesan yg sangat mendalam bagi diri aku. Mungkin orang lain tidak mengerti tapi hanya aku yg mengerti diri aku sendiri. Aku harap aku akan menjadi orang yg berguna ibarat gambar yg cantik kelak ;)

Perjuangan

Assalamualaikum. hai. entry ke 8 dari aku dan harap ianya terus memberi aku semangat untuk lebih maju berkecimpung dalam bidang penulisan blog ini, Insyallah. Aku sedikit terkejut apabila di facebook ada orang cakap blogger yg dah famous sampai buat fanpage diorang sendiri.  Betol ke? wahh sampai macam tu sekali hebat menjadi seorang blogger ni eh.


Okay harini aku nak cakap pasal masa depan. Sesekali cakap pasal masa depan pon best jugak tapi kalau hari hari pon boleh jadi bosan atau bahasa kasar dia annoying ye dak?


Hmm sisa sisa diploma yg tinggal x sabar aku nak habiskan. aku dah penat belajar belajar belajar dan belajar. dari umur 6 tahun sampai la sekarang 21 tahun x henti henti dengan pembelajaran. bukan aku cakap belajar tu x bagus tapi just dah penat. orang cakap kalau x de pelajaran kita nak jadi apa? xkan nak jadi kuli batak sampai ke tua? nak jugak merasa hidup senang, bawak kereta besar, berkeluarga, dikelilingi anak anak yg comel dan hebat dan itulah fungsinya belajar. Belajar untuk majukan diri dan keluarga. tapi sampai bila nak belajar aku pon taktau. 


Perancangan aku selepas diploma ialah aku ingin mencari pengalaman bekerja dahulu. Harap harap kali ni mama dan ayah aku bagi aku peluang untuk aku tentukan sendiri arah tuju hidup aku. Sebelum ni diorang dah penat atur kan hidup aku. thanx ma thanx ayah ;) abang appreciate sgt2 dan abang akan balas dengan kejayaan abang suatu hari nanti. Haha. Lepas diploma nanti aku nak kerja selama setahun. Aku nak harungi dan aku nak merasai macam mana payah dan susah nya untuk mendapatkan sesuap nasi. Eceh x payah sesuap nasi sgt la.haha. aku nak jugak merasa hidup atas kaki sendiri tanpa pertolongan parents. time tu aku nak tukar kereta idaman aku, nak tukar phone paling latest, nak beli sugar glider 2 ekor and paling penting half dari gaji pertama aku, aku nak bagi mak bapak aku, baru dapat berkat ye dak? Aku dah penat nak hidup atas bantuan parent ni, aku dah tak nak just duduk dan menadah tangan minta duit kat parent. dulu dulu boleh la tapi bila umur makin meningkat rasa macam aku ni x berguna pulak. Asyik parent aku jek menghulur kat aku, bila pulak time aku nak menghulur kat parent aku kan. Kalau boleh aku nak bagi diorang merasa penghuluran aku before diorang pencen. Baru rasa macam bangga sikit.


Tapi tu semua angan angan dan aku harap aku dapat merealisasikan angan angan yg paling positif dalam sejarah 21 tahun aku hidup ni. Aku dah muak dgn panggilan "Kau ni xguna la jadi anak sulung" pehh ayat tu paling aku xboleh dengar sekali. so kali ni aku nak buktikan kat semua orang yg aku boleh dan berjaya dalam kehidupan ini. Okay lepas aku kerja setahun dan tukar kereta bagai, baru aku nak sambung degree. Baru bergaya ye dak pegi sambung degree dengan kereta hebat. Lepas tu mesti ada orang cakap "Eleh pakai duit mak bapak boleh la" time tu kalau aku dgr ada orang ckp macam tu aku sepuk kepala dia. Penat penat aku kerja senang senang kau nak cakap camtu.hahaha itu semua semua angan angan dan aku harap ianya menjadi kenyataan ;)


Okay aku rasa setakat itu saja angan angan atau cita cita aku dalam masa terdekat ni dan aku akan pastikan aku akan BERJUANG  untuk mencapai cita cita tu dengan sehabis baiknya! Insyaallah okay bye ;)

Thursday, May 19, 2011

Janggal Bila Kau Tiada ;)

Assalamualaikum, hai uols. bertemu lagi kita eh.. hmm indah sungguh malam ini, diterangi cahaya bulan. mungkin dia tau, aku belum tidur. ;) kalau dapat sebatang dua ini, maka lengkaplah malam yang indah ini. 


Okay,dalam entry kali ni, aku nak post tentang habit merokok. Arghh habit paling payah di dunia untuk ditinggalkan. Kalau tiada dia, boleh potong mood dibuatnya. Tapi bukan aku la, aku x merokok, aku just cerita jek pengalaman aku.hahaha ( bagi yg kenal aku,tau la ye) Tabiat merokok ni adalah tabiat yg paling ramai penggemar nya.tidak kira la budak sekolah, remaja, pelajar universiti, dewasa, bapak budak dan orang tua.pasti ada wakil yg merokok bg setiap golongan tadi.tipulah kalau ckp xde kan. Kalau lepak lepak kat town tgk budak sekolah hisap rokok dengan bajet memang rasa nak lempang jek. Baru baru nak belajar buat O dan air terjun.baru belajar nak heat pastu batuk.hahaha.dapat dupp belakang diorang mesti best.agaknya itulah perasaan orang masa aku masih bersekolah dulu.untungla takde orang dupp belakang aku.kalau x memang bergaduh la.haha


Kat dunia ni, benda yg dilarang lah benda yg paling kita nak buat sekali. Mak aku penah cakap kat aku, "semua benda yg mama x suka tu lah yg kau nak buat kan" sampai aku dah boleh hafal dialog mak aku sebelum dia start membebel kat aku. Mak aku x abes abes membebel bila la kau nak berhenti bila la kau nak berhenti..bukan tanak berhenti ma,tapi susah.tapi satu hari nanti mesti akan berhenti. semua perokok akan cakap camtu.dorang semua memang ada azam nak berhenti.membazir duit, bakar duit, byk toksik, aku akui semua benda negatif tu.tapi nak buat macam mana.hidup dah sebati dengan rokok, susah nak buang.contoh korang x boleh hidup tanpa handphone kan, blackberry and watsoever lah,and then mak korang suruh buang sbb benda tu melalaikan,korang nak buang tak?mesti tak kan? macam tu la jugak bagi diri perokok.


Mesti orang yg x merokok cakap, "eh,aku boleh jek hidup x merokok, rilek jek boleh buat kerja!" ehh hello! please jgn sama kan diri kau dengan diri orang lain.semua orang tak sama do! so jgn sesekali buat statement bebal macam tu.kalau nak motivate suruh orang berhenti merokok,jgn cakap camtu,bukan perokok tu motivate nak berhenti merokok,motivate nak pergi sepak muka kau lagi ada! Bagi perokok,bila x hisap rokok satu hari, diorang akan gelisah, x senang duduk, dan x bermaya untuk buat satu satu kerja.sumpah x tipu.bagi diorang,dapat sepam dua pam jadi la asal dapat berasap. pernah satu hari kejadian di rumah sewa aku, housemate aku sampai korek ashray(betol ke aku eja ni) nak carik rokok yg x habis lagi.maksud aku rokok yg hisap x habis la and then dah buang. kumpul kumpul syiling untuk beli rokok batang memang x yah cakap la.memang dah selalu. dulu orang ckp hisap rokok nak nampak macho and nampak hebat, tapi sekarang bukan lagi.rokok adalah benda keperluan.haha


Okay sampai situ saja untuk entry kali ni.aku tau ramai yg akan x suka entry ni sebab terang terang aku sokong benda yg salah kan.tapi nak buat macam mana, itu yg sudah termaktub dalam diri aku. okay bye ;)

Hidup Bukan Senang

Assalamualaikum, hai uols! baru hari ini saya ada mood nak update blog. thanx kepada rakan saya Wan Nabeeli kerana bagi tajuk yg baik ini untuk dikupas.haha real real pulak kan.

Uols, hidup ni bukan senang, dan juga bukan senang untuk hidup.uols rasa ada perbezaan x antara dua tu?kalau ada pandai pandai la fikir sendiri ye. Huh, dulu masa umur setahun sampai la 17 tahun, kita semua x payah pening pening fikir macam mana cara nak hidup. semua sudah disediakan oleh parents masing masing ye dak? korang mintak jek nak apa, esok nya dah ada depan mata, parent korang dah sediakan.wahh masa tu bapak heaven nya kan?satu masalah pon korang x payah fikir dalam kepala otak korang tu.

Masa mesti bergerak betol? menginjak usia korang 18 tahun, ataupon org cakap dah habis sekolah, masa ini lah masa paling kritikal untuk semua orang. masing masing mencari arah hidup masing masing.time ni kalau salah pilih jalan hidup,melingkup lah korang sampai bila bila. ayah aku pernah pesan kat aku, umur antara 18 hingga 25 tahun ni lah yg menentukan hidup kita.kalau betol jalan yg kita pilih, maka betol lah hidup kita sampai ke tua dan begitu lah sebaliknya ;)

Masuk je umur 20 tahun, dah sampai masanya untuk masalah datang bertimbun timbun menyerbu kepala otak korang yg selama ini bebas daripada sebarang masalah.masa ni korang kena fikir apa yg korang nak jadi di masa hadapan kelak. diri korang sendiri yg akan tentukan masa depan korang.bukan org lain,bukan awek or balak korang dan jugak bukan mak bapak korang. mak bapak korang just bagi moral support dan support kewangan jek.yg lain semua korang kena pk dan buat sendiri.  pehh masa ni kadang kadang duduk sorang sorang pk masalah sendiri sampai boleh buat bunuh diri.nasib baik la bunuh diri tu berdosa.kalau x mesti dah ramai org bunuh diri.aku tak la.sbb aku hensem ;)

Sebagai penutup, hidup bukan senang.makin tua umur korang,bermakna semakin susah la hidup korang.serba serbi kena buat sendiri. dari sekecil tahi sampai sebesar besar gajah semua benda korang kena buat sendiri.tu belum sebut kahwin lagi tu.lagi pening kepala dibuatnya. okay la uols,sampai sini saja. bye ;)

Tuesday, May 17, 2011

Mamak Restoran vs Penjual Shisha

Assalamualaikum, hai uols! tiba tiba aku terada mood pulak nak update blog kesayangan ramai ni kan. So aku nak share dengan uols semua la tentang gelagat dan perangai manusia yang pelbagai bentuk ini.  Malam malam macam biasa lah kan seorang remaja normal lelaki melepak di kedai mamak  minum minum, tengok bola, bergelak ketawa, main kad, hisap shisha dan lain lain lagi lah. Pagi nak ke subuh baru la teringat nak balik rumah, tu pon sebab teringatkan mak dah bangun siap2 nak pergi kerja, kalau x memang lepak situ sampai mamak tu halau balik lah


Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, aku melepak di sebuah kedai mamak berdekatan rumah aku. Aku terpandang satu situasi yg bagi aku amat menjengkelkan untuk ditonton di khalayak ramai. Gelagat yg annoying ini melibatkan seorang mamak pekerja restoran dan seorang penjual shisha.


Kisahnya bermula apabila mamak itu sedang membakar roti naan di dalam tempayan yg colour merah yg bulat tu, aku pon taktau apa nama benda alah tu.  Bakar punya bakar datang lah si penjual shisha ni, lalu terus membuang arang ke dalam tempayan tu. So mamak ni macam marah marah la kan roti naan dia nak serve customer dah kotor. dan penjual shisha tu tiba tiba melenting dan maki maki mamak tu. "kau apahal?!" "kau apahal?!" jerit penjual shisha tu kat mamak tersebut. tak pikir panjang penjual shisha tu tolak badan mamak tu sampai terduduk.pehh aku tgk kesian pulak mamak ni kan. Weh come on bro, kau tu dah la menumpang tempayan mamak tu, lepas tu buat taik pulak, apa salahnya say sorry kat mamak tu ke apa ke, ni kau dah la terang terang salah pastu kau nak pukul mamak tu pulak. jgn nak tunjuk power and lagak tak bertempat bro. even mamak tu pendatang sekali pon dia tetap MANUSIA. xboleh senang senang kau nak maki macam tu. lain lah kalau salah dia. boleh tutup sebelah mata la jugak. 


Haha. aku tau post ni macam bosan tapi aku tetap nak post jugak sbb aku tgk nilai nilai kemanusiaan sekarang ni dah macam xde langsung. zero! aku bukan nak ckp diri aku baik sgt tapi come on la, respect each other tu penting. xkisah la orang tu taraf rendah mana sekali pon dari kita, asalkan nama manusia, kita respect la sesama kita. x rugi pon kalau respect ni. malah nanti korang akan lebih di respect orang lain! okay uols! sampai sini entry untuk kali ni, jumpa lagi! ;)

Guru Terbaik Sepanjang Zaman Adalah Pengalaman Lalu

Assalamualaikum, hai, hmmm semalam kali pertama saya bermain futsal dalam tempoh 4 bulan  sebelum ini selepas ditimpa kemalangan kecil. Penat jugak bila lama x main ni, rasa macam real2 injured macam player BPL pulak kan, bila org ajak "aly! futsal jom malam ni" dan saya menjawab, "xleyh do! aku injured!" pehh real2 bai injured masa tu.haha dan padah bermain futsal selepas 4 bulan xmain saya telah bangun pukul 3.30 petang.x pernah dibuat orang kecuali orang yg xde life la.hahaha


Sekarang musim cuti, so berduyun duyun filem masuk panggung.  masing masing nak release filem masing masing yg diletak harapan tinggi untuk mengaut keuntungan, thriller dan poster semua tanak kalah last last cerita macam taik. adalah satu dua filem yg okay. dan statement paling saya menyampah ialah "haa tu lah tengok cerita melayu lagi" weh come on la kau tu orang ape do! even kau nak tunjuk sgt kau tu x tengok filem melayu and tengok cerita hollywood all the time pon jangan la keluar kan statement yg orang nampak kau macam loser gila babi!


Guru Terbaik Sepanjang Zaman Adalah Pengalaman Lalu, perghh ayat ni sumpah motivate! aku terbaca kat 1 komik ( xsangka la komik pon boleh bagi ayat yg macam ni power kan) dan lepas tu ayat ni jek yg bermain main di dalam kepala yg hebat ini sampai la aku tertidur dan bangun pukul 3.30 petang.hahaha Bercakap pasal ayat ini,kenapa aku cakap ianya sangat motivate ialah sebab baru menginjak usia 21 tahun, boleh dikatakana aku telah mengutip seberapa banyak pengalaman untuk dijadikan panduan untuk menjalani hidup ini, xkisahla pengalaman yg baik atau buruk, kalau dah dinamakan pengalaman ianya akan memberi impak dalam hidup korang atau diorang. Pengalam ini jugak mengajar kita untuk macam mana nak survive hidup kat muka bumi ni,mengajar macam mana kita nak bergaul dengan orang dan sebagainya. bukan main terjah jek! itu akan menunjukkan anda seorang yg LOSER!


Bila bercakap pasal pengalaman ni, teringat masa subjek public speaking dulu, sorang classmate aku telah membuat tajuk "Pengalaman vs Knowledge" wahh tajuk yg baik jugak untuk bergaduh tu. Of course dia memilih knowledge sebab dia jenis budak study dan budak pandai punya orang.haha. So bagi jenis orang yg x boleh tumpu nak study jek dan terbuka kepada masyarakat luar (bukan bermakna diorang x belajar okay), diorang akan lebih suka menggunakan pengalaman hidup mereka sendiri untuk mematangkan dan memotivasi kan diri mereka sendiri. haha yes aku menang! kalau debate kat kelas confirm2 aku kalah sbb ramai pilih knowledge.berapa kerat jek yg pilih pengalaman.haha.so korang pon dah boleh bayang kan macam mana situasi budak kelas aku.haha


Okay sampai sini je post untuk hari ni, nanti post lagi ye ;) tangan tgh sedap nak menaip ni.haha.bak kata kawan saya Muhd Azdn,mggu first jek semangat update bagai,nanti lama lama slow la.haha kepada Wan Nabeeli merangkap kawan blogger saya, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menggalakkan saya menulis blog. haktuihh!!

Monday, May 16, 2011

Perpisahan Adalah Pasti Bagi Setiap Pertemuan

Assalamualaikum.hai,tangan saya memang gatal nak update blog sekarang ini.maklum la baru baru lagi kan.nanti dah lama lama maybe blog ni akan terbiar, dipenuhi sarang labah-labah dan siap ada bunyi cengkerik lagi.harap harap dijauhkan.Amin


Haish, bercakap soal perpisahan adalah benda yang paling menyampah untuk dilakukan.Tidak kisahla perpisahan yg macam mana.asalkan berpisah je memang menyampah la jadinya.First perpisahan yang terjadi dalam hidup saya adalah apabila atuk saya meninggalkan dunia ini.Arghh ianya amat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata kerana sememangnya saya menetap dengan atuk saya dari kecik.first time rasa betapa peritnya perpisahan itu.


Kawan kawan amat penting.oleh itu adalah wajar untuk anda menghargai kawan kawan anda(perlu ke ayat skema macam ni?) Okay la,bercakap pasal perpisahan di kalangan kawan kawan pulak, ianya amat perit bagi mereka yang menghargai kawan kawan.kalau yg tak menghargai tu korang dah boleh pergi melingkup. Saya telah dididik berpisah dan hidup berjauhan dengan keluarga semenjak berusia 13 tahun lagi ketika menetap di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya atau lebih dikenali dgn sekolah agama(ramai yg gelak bila saya cakap dulu saya budak sekolah agama -.-') Dekat sini saya telah belajar maksud apa itu erti dan nilai persahabatan.yela mana taknya, makan, tidur, mandi, pergi sekolah, lepak semua sama sama.so nilai persahabatan tu dah diterap dalam jiwa sejak dari kecil

Masa memang pencemburu yang hebat,pejam celik pejam celik saya menamatkan zaman persekolahan.masa ni adalah masa yang paling kritikal kerana kawan yg bersama selama 5 tahun akan ditinggalkan dan membuat hal masing masing.masa ni saya tak boleh dengar lagu ni.mesti menangis punya ;)



Haha.orang cakap air mata lelaki adalah yang termahal di dunia ini.so bila lelaki menangis, ianya adalah air mata yang betol betol ikhlas.  Perasaan yang betol betol datang dari lubuk hati (ceihh saing2 macam penulis novel pulak dah haa)

Setelah tamat persekolahan, saya diterima masuk ke Uitm Melaka.wahh berdebar jugak lah masa first time nak masuk.tapi sekarang bukan nak cerita pasal uitm.nak cerita pasal kawan kawan the great sepanjang 3 tahun saya di sana.sebelum masuk uitm telinga saya dah bernanah dengar perkataan ini "DEKAT UITM KITA SENANG DAPAT KAWAN DAN SENANG HILANG KAWAN,SO PANDAI PANDAI LAH' mula mula memang la susah nak percaya, tapi lama kelamaan perkataan itu makin kuat bermain dalam fikiran saya.lagi lagi bila dah masuk part 4 dan part 5.hanya benda ini saja yg ligat bermain di fikiran saya. Susah senang selama 3 tahun ni sumpah saya takkan lupa.banyak kenangan yang lahir.buat event, pergi kelas ponteng kelas, makan makan,minum minum berak berak semua bersama.thanx bro!
Kalau anda nak tau,inilah antara kawan baik saya di Uitm Melaka,biarlah orang ckp saya mcm gay ke apa,merekalah yang mewarnai hidup saya di sana:

Paan

Budak ini bernama Farhan Bin Mustafa.walaupon dia suka bajet hensem,dia adalah kawan yang paling lama bersama denga saya sejak dari part 1 sampai la sekarang.dia adalah kawan yang paling banyak tolong saya.tolong hantarkan pergi hospital,tolong saya buat assignment, n macam2 lah.thanx bro.sumpah aku takkan lupa kan jasa kau.bergaduh sikit2 tu biasa la,nama pon kawan ;)


Izz Bebal

kawan yang paling bebal pernah saya ada.haha.sorry bro.bergurau..kawan yang menghiburkan aku.tapi ratio antara menghiburkan dan annoying, annoying lagi lebih.hahaha.kawan susah dan senang, even kita kenal lambat tapi aku amat hargai kau.bila dah xde tu memang terasa la kan.kalau xde kau aku, paan, zin, dan chengah memang boring la (takde orang kitorang nak bahan.haha)


Zinun Al Rakit

Haha.inilah si pendek.zinun al rakit,kawan kepada mael popok.haha.muka kau aku rasa nak lempang bro. tapi thanx la sebab mengajar aku erti kawan yg sebenar.thanx bro even kita rapat lambat ;)

Chengah

Kawan saya yg paling hyper.penat nak jaga.nasib baik sama class jek.kalau sama rumah boleh gila aku nak tgk izz n chengah.haha.bergurau eh..kawan yg ada semasa susah senang.thanx bro ;)

Okay ini lah diantara kawan yg rapat dengan saya,sebenarnya ramai lagi.tapi tunggu di update yg akan datang okay.thanx kawan kawan.selamat membuat hal masing masing lepas ni!

"2011"

Hai.nampaknya banyak response yang saya dapat apabila saya membuat blog ini.tapi takpe,itu bermakna saya tau saya mempunyai ramai kawan yang mengambil berat tentang saya. ;)
Okay,bagi saya tahun 2011 adalah tahun paling susah yang pernah saya hadapi selama menjadi seorang lelaki yang hebat ini.Bermula dengan kemalangan kecil sehingga kaki kanan saya menerima 15 jahitan.sekali lagi saya dapat tau bahawa saya mempunya ramai kawan yang prihatin ;) Kemalangan itu meragut kebolehan saya untuk bermain futsal selama 4 bulan (dan mungkin lebih). Tahun 2011 juga mengajar saya banyak perkara,erti persahabatan,siapa kawan dan siapa lawan dan banyak lagi. Tahun 2011 juga melihatkan betapa susahnya hidup yang bakal ditempuh kelak,baru tahun ini saya dipertontonkan dengan masalah kewangan yang hebat dan baru hari ini saya sedar betapa susah nya untuk mencari benda yang dinamakan "duit".Sampai ini saja post saya.Assalamualaikum

Rafizy Jazly

Hai. Nama saya Muhammad Rafizy Jazly. Sebenarnya pengenalan diri lah benda yang paling saya malas nak buat kat dunia ini.(sebenarnya bukan paling lah). Lahir dan menetap di Kuala Lumpur. Sekarang saya berumur 21 tahun dan memegang title sebagai pelajar Uitm Melaka. Wahh saya memang gemar menekan kan tentang Uitm Melaka kerana ramai tidak percaya orang seperti saya berjaya sampai dan belajar di Uitm (itu untuk orang berfikiran kolot seperti tuuuuut). Baiklah sampai sini saja saya menulis sebab nak belajar lagi pasal tulisan blog ni. Maklumlah, ramai orang cakap saya ni buta IT