Tuesday, May 17, 2011

Mamak Restoran vs Penjual Shisha

Assalamualaikum, hai uols! tiba tiba aku terada mood pulak nak update blog kesayangan ramai ni kan. So aku nak share dengan uols semua la tentang gelagat dan perangai manusia yang pelbagai bentuk ini.  Malam malam macam biasa lah kan seorang remaja normal lelaki melepak di kedai mamak  minum minum, tengok bola, bergelak ketawa, main kad, hisap shisha dan lain lain lagi lah. Pagi nak ke subuh baru la teringat nak balik rumah, tu pon sebab teringatkan mak dah bangun siap2 nak pergi kerja, kalau x memang lepak situ sampai mamak tu halau balik lah


Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, aku melepak di sebuah kedai mamak berdekatan rumah aku. Aku terpandang satu situasi yg bagi aku amat menjengkelkan untuk ditonton di khalayak ramai. Gelagat yg annoying ini melibatkan seorang mamak pekerja restoran dan seorang penjual shisha.


Kisahnya bermula apabila mamak itu sedang membakar roti naan di dalam tempayan yg colour merah yg bulat tu, aku pon taktau apa nama benda alah tu.  Bakar punya bakar datang lah si penjual shisha ni, lalu terus membuang arang ke dalam tempayan tu. So mamak ni macam marah marah la kan roti naan dia nak serve customer dah kotor. dan penjual shisha tu tiba tiba melenting dan maki maki mamak tu. "kau apahal?!" "kau apahal?!" jerit penjual shisha tu kat mamak tersebut. tak pikir panjang penjual shisha tu tolak badan mamak tu sampai terduduk.pehh aku tgk kesian pulak mamak ni kan. Weh come on bro, kau tu dah la menumpang tempayan mamak tu, lepas tu buat taik pulak, apa salahnya say sorry kat mamak tu ke apa ke, ni kau dah la terang terang salah pastu kau nak pukul mamak tu pulak. jgn nak tunjuk power and lagak tak bertempat bro. even mamak tu pendatang sekali pon dia tetap MANUSIA. xboleh senang senang kau nak maki macam tu. lain lah kalau salah dia. boleh tutup sebelah mata la jugak. 


Haha. aku tau post ni macam bosan tapi aku tetap nak post jugak sbb aku tgk nilai nilai kemanusiaan sekarang ni dah macam xde langsung. zero! aku bukan nak ckp diri aku baik sgt tapi come on la, respect each other tu penting. xkisah la orang tu taraf rendah mana sekali pon dari kita, asalkan nama manusia, kita respect la sesama kita. x rugi pon kalau respect ni. malah nanti korang akan lebih di respect orang lain! okay uols! sampai sini entry untuk kali ni, jumpa lagi! ;)

6 comments:

  1. merempat buat cara merempat.. ye tak..
    mksud aku menumpang la.. haha

    ReplyDelete
  2. haha.betol tu.dah menumpang lagi nak tunjuk eksyen.haram tol

    ReplyDelete
  3. nice story to be shared. cam sial je perangai budak jual shisha 2.

    ReplyDelete
  4. asl ko x btolkn bnde yg slh li??br hero malaya..

    ReplyDelete
  5. betol tu ajol.melayu nak tunjuk kuat begitu la dia.

    ReplyDelete
  6. aku malas nak tunjuk kuat do biyanan.haha

    ReplyDelete