Monday, May 23, 2011

Kerana Dia

Assalamualaikum. hai uols. haa mesti korang tertanya tanya kenapa tajuk entry aku kali ni Kerana Dia. Okay, dia yg dimaksudkan ini ialah LIDAH dan MULUT.


Lidah kita ini bersifat licin dan lembut, kalau korang x percaya cuba korang try gigit, sakit macam nak lempang muka orang kan? tapi ramai yg gemar mengeluarkan kata kata kesat dan kasar. Aku rasa trend zaman sekarang la cakap kasar kasar. kalau cakap baik baik nanti kita balik kena pijak, kena tindas dan macam macam lagi. style cakap "weh laha***! mana kau? ingat dah mati tadi!"  dan "weh ba** cepat la datang, aku dah penat tunggu kau ni pu*****!" memang biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita sekarang. Kadang kadang annoying jugak kalau semua ayat diorang cakap mesti diselitkan dgn mencarut, sikit sikit sudah, kalau byk sgt mencarut pon orang marah.


Okay next, disebabkan Lidah atau Mulut kita ni boleh bawak bergaduh. Lidah x mampu nak bertumbuk,bertendang, berterajang, bertembak tembak tapi disebabkan lidah dan mulut kita yg xreti nak jaga or control ni boleh menyebabkan kita membuat aksi aksi yg ber ber ber aku sebutkan tadi. Kadang kadang korang buat fitnah, cerita belakang, umpat sana umpat sini sampai boleh membawa persengketaan. Friendship korang yg dah bertahun tahun tu boleh sesaat je musnah akibat percakapan korang yg x reti nak jaga dan menyakitkan hati. Kalau mulut berbau kita boleh makan chewing gum dan kumur listerine, tapi kalau mulut ditambah dgn hati yg busuk memang x boleh buat apa, penumbuk la jawapannya. Benda ni aku cakap bukan untuk korang je, tapi untuk mengingatkan diri aku jugak, dari lidah la berpunca segala-galanya. Try untuk control lidah korang daripada menyakitkan hati orang. Kalau nak bergurau tu takde hal tapi berpada-pada lah dan tgk tahap kesensitif an seseorang tu. Bahan membahan memang best tapi jgn time kita kena bahan and then kita nak emo, tu memang mintak di sepuk la tu kan.


So sampai sini saja entry aku kali ni. Bye uols!

No comments:

Post a Comment