Thursday, May 19, 2011

Hidup Bukan Senang

Assalamualaikum, hai uols! baru hari ini saya ada mood nak update blog. thanx kepada rakan saya Wan Nabeeli kerana bagi tajuk yg baik ini untuk dikupas.haha real real pulak kan.

Uols, hidup ni bukan senang, dan juga bukan senang untuk hidup.uols rasa ada perbezaan x antara dua tu?kalau ada pandai pandai la fikir sendiri ye. Huh, dulu masa umur setahun sampai la 17 tahun, kita semua x payah pening pening fikir macam mana cara nak hidup. semua sudah disediakan oleh parents masing masing ye dak? korang mintak jek nak apa, esok nya dah ada depan mata, parent korang dah sediakan.wahh masa tu bapak heaven nya kan?satu masalah pon korang x payah fikir dalam kepala otak korang tu.

Masa mesti bergerak betol? menginjak usia korang 18 tahun, ataupon org cakap dah habis sekolah, masa ini lah masa paling kritikal untuk semua orang. masing masing mencari arah hidup masing masing.time ni kalau salah pilih jalan hidup,melingkup lah korang sampai bila bila. ayah aku pernah pesan kat aku, umur antara 18 hingga 25 tahun ni lah yg menentukan hidup kita.kalau betol jalan yg kita pilih, maka betol lah hidup kita sampai ke tua dan begitu lah sebaliknya ;)

Masuk je umur 20 tahun, dah sampai masanya untuk masalah datang bertimbun timbun menyerbu kepala otak korang yg selama ini bebas daripada sebarang masalah.masa ni korang kena fikir apa yg korang nak jadi di masa hadapan kelak. diri korang sendiri yg akan tentukan masa depan korang.bukan org lain,bukan awek or balak korang dan jugak bukan mak bapak korang. mak bapak korang just bagi moral support dan support kewangan jek.yg lain semua korang kena pk dan buat sendiri.  pehh masa ni kadang kadang duduk sorang sorang pk masalah sendiri sampai boleh buat bunuh diri.nasib baik la bunuh diri tu berdosa.kalau x mesti dah ramai org bunuh diri.aku tak la.sbb aku hensem ;)

Sebagai penutup, hidup bukan senang.makin tua umur korang,bermakna semakin susah la hidup korang.serba serbi kena buat sendiri. dari sekecil tahi sampai sebesar besar gajah semua benda korang kena buat sendiri.tu belum sebut kahwin lagi tu.lagi pening kepala dibuatnya. okay la uols,sampai sini saja. bye ;)

5 comments:

  1. Thanks li. awat xletak link ?

    ReplyDelete
  2. tukar kaler tulisan please.. sakit mata tgk

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak cari kesenangan hidup, and bukan susah nak lingkupkan hidup..kan3? hahaha..:D

    ReplyDelete