Thursday, May 19, 2011

Janggal Bila Kau Tiada ;)

Assalamualaikum, hai uols. bertemu lagi kita eh.. hmm indah sungguh malam ini, diterangi cahaya bulan. mungkin dia tau, aku belum tidur. ;) kalau dapat sebatang dua ini, maka lengkaplah malam yang indah ini. 


Okay,dalam entry kali ni, aku nak post tentang habit merokok. Arghh habit paling payah di dunia untuk ditinggalkan. Kalau tiada dia, boleh potong mood dibuatnya. Tapi bukan aku la, aku x merokok, aku just cerita jek pengalaman aku.hahaha ( bagi yg kenal aku,tau la ye) Tabiat merokok ni adalah tabiat yg paling ramai penggemar nya.tidak kira la budak sekolah, remaja, pelajar universiti, dewasa, bapak budak dan orang tua.pasti ada wakil yg merokok bg setiap golongan tadi.tipulah kalau ckp xde kan. Kalau lepak lepak kat town tgk budak sekolah hisap rokok dengan bajet memang rasa nak lempang jek. Baru baru nak belajar buat O dan air terjun.baru belajar nak heat pastu batuk.hahaha.dapat dupp belakang diorang mesti best.agaknya itulah perasaan orang masa aku masih bersekolah dulu.untungla takde orang dupp belakang aku.kalau x memang bergaduh la.haha


Kat dunia ni, benda yg dilarang lah benda yg paling kita nak buat sekali. Mak aku penah cakap kat aku, "semua benda yg mama x suka tu lah yg kau nak buat kan" sampai aku dah boleh hafal dialog mak aku sebelum dia start membebel kat aku. Mak aku x abes abes membebel bila la kau nak berhenti bila la kau nak berhenti..bukan tanak berhenti ma,tapi susah.tapi satu hari nanti mesti akan berhenti. semua perokok akan cakap camtu.dorang semua memang ada azam nak berhenti.membazir duit, bakar duit, byk toksik, aku akui semua benda negatif tu.tapi nak buat macam mana.hidup dah sebati dengan rokok, susah nak buang.contoh korang x boleh hidup tanpa handphone kan, blackberry and watsoever lah,and then mak korang suruh buang sbb benda tu melalaikan,korang nak buang tak?mesti tak kan? macam tu la jugak bagi diri perokok.


Mesti orang yg x merokok cakap, "eh,aku boleh jek hidup x merokok, rilek jek boleh buat kerja!" ehh hello! please jgn sama kan diri kau dengan diri orang lain.semua orang tak sama do! so jgn sesekali buat statement bebal macam tu.kalau nak motivate suruh orang berhenti merokok,jgn cakap camtu,bukan perokok tu motivate nak berhenti merokok,motivate nak pergi sepak muka kau lagi ada! Bagi perokok,bila x hisap rokok satu hari, diorang akan gelisah, x senang duduk, dan x bermaya untuk buat satu satu kerja.sumpah x tipu.bagi diorang,dapat sepam dua pam jadi la asal dapat berasap. pernah satu hari kejadian di rumah sewa aku, housemate aku sampai korek ashray(betol ke aku eja ni) nak carik rokok yg x habis lagi.maksud aku rokok yg hisap x habis la and then dah buang. kumpul kumpul syiling untuk beli rokok batang memang x yah cakap la.memang dah selalu. dulu orang ckp hisap rokok nak nampak macho and nampak hebat, tapi sekarang bukan lagi.rokok adalah benda keperluan.haha


Okay sampai situ saja untuk entry kali ni.aku tau ramai yg akan x suka entry ni sebab terang terang aku sokong benda yg salah kan.tapi nak buat macam mana, itu yg sudah termaktub dalam diri aku. okay bye ;)

7 comments:

  1. boleh, boleh.. u can do it.. percaya pd diri.. ^_^

    ReplyDelete
  2. kata ko x merokok!! asal kat perenggan ke-3 tu cam bengang jer??? hahaha....

    ReplyDelete
  3. kan aku ckp bagi yg aku kenal aku tu tau la.haha

    ReplyDelete
  4. haha.. u can do it lie.. tgk aku.. rilek je benti.. tpi beza ak ngan kau.. aku tak beli.. mintak ko selalu. haha. nak benti lie, bkn senang.. cm aku.. demam lepas mlm lepak kat ali b satu ari tu.. cam ape tah.. nak bgn pon tak boleh.. terus aku ckap "nak benti la." haha..

    *lie, justify ur paragraph please.. baru nmpk pro.. hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha tu la pasal..ape tu justify paragraph?x paham please?

    ReplyDelete
  6. perenggan ko tu kasi same la hujung2 die tu.. mase post tekan kat simbol melintang yang 3 tu.. tgk la mne satu yg justify kasi selari sume tepi2 die.. ok. bye

    ReplyDelete